02 August, 2023

CORETAN 2023 : Merekod dan mengkatalog Al-Quran Braille


    09 Februari 2023




Unit Pusat Sumber merakamkan terima kasih kepada siswa guru Muhammad Rafique Farhan bin Saiful Nizam opsyen Pendidikan Khas kerana membantu membacakan maklumat Al-Quran Braille untuk memudahkan proses merekod dan mengkatalog

 

27 July, 2023

CORETAN 2023 : Audit Dalaman Bil. 1/2023 ISO EOMS, 21001 : 2018



Pelaksanaan Audit Dalaman Bil 1/2023 ISO EOMS, 21001: 2018 peringkat IPGKIK
 telah berlangsung  dengan jayanya bermula 7 Februari 2023 hingga 9 Februari 2023 .
 Skop audit adalah mulai 22 Jun  2022 – 6 Februari 2023. Pusat Sumber telah diaudit oleh Dr. Fauzila binti Abdul Latif. 













 

CORETAN 2023: SUMBANGAN BUKU



 

Tarikh: 03 Februari 2023

Unit Pusat Sumber merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr. Zuraini binti Idris 
(Unit Psikologi dan Kaunseling) kerana menyumbangkan beberapa buku sebagai bahan bacaan dan rujukan.



26 July, 2023

CORETAN 2023 : KETUA UNIT PUSAT SUMBER

 Januari 2023


SELAMAT DATANG



Selamat datang kepada En. Mohd Nasrun bin Ahmad atas perlantikan sebagai Ketua Unit Pusat Sumber mulai 03 Januari 2023

11 May, 2023

JOM BACA BERSAMA 2023 :" BACA BINA INSAN"



Jom kita sama-sama meriahkan sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia 2023.

Ruangkan 10 MINIT anda dalam JOM BACA BERSAMA 10 MINIT, pada 18 Mei 2023 (Khamis), jam 11.00 pagi.

Jangan lupa sertakan foto bersama pendaftaran pada pautan berikut :





 

10 May, 2023

CORETAN SEPANJANG TAHUN 2022

 SEMARAK KEMERDEKAAN

OGOS - SEPTEMBER 2022

 Pelbagai aktiviti dijalankan sempena bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia. Aktiviti ini berlangsung dari 15 Ogos hingga 16 September 2022



Pusat Sumber dihiasi dengan bendera-bendera Malaysia




Sudut Pameran

Coretan komerdekaan 


Peserta kuiz kemerdekaan


Siswa guru fokus dalam menjawab kuiz kemerdekaan






SUMBANGAN BUKU

TARIKH: 24 NOVEMBER 2022



Sumbangan buku dari En. Muhammad Jun bin Basaruddin, Unit Kokurikulum.
Terima kasih kerana menyumbangkan lima buah buku untuk rujukan warga IPGKIK.




MAJLIS PERPISAHAN KETUA UNIT PUSAT SUMBER

TARIKH: 22 DISEMBER 2022



Ketua Unit Pusat Sumber, Puan Nirmaladevi a/p Suppiah akan memulakan tugas di 
Jabatan Ilmu Pendidikan mulai 02 Januari 2023. 

Terima kasih di atas segala jasa bakti yang disumbangkan sepanjang berkhidmat sebagai Ketua Unit Pusat Sumber.

JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2022

Tarikh: 21 & 28 April 2022
Program:  Jom Baca Bersama 10 Minit 2022


Program Jom Baca Bersama 10 Minit merupakan program
tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Sumber IPG Kampus Ilmu
Khas, Kuala Lumpur. Program ini merupakan program utama
sektor perpustakaan yang dijalankan sempena sambutan
Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. Ia juga merupakan komitmen
sektor perpustakaan di seluruh Malaysia bertujuan meningkatkan
amalan dan budaya membaca dalam kalangan masyarakat
Malaysia. Tema Program Jom Baca Bersama 10 Minit tahun
2022 ialah “Bangkit Baca dan Bersyukur”.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah:-

 Majlis Perasmian
 Ucapan Perasmian Dr. Faridah binti Yacob (Pengarah IPGKIK)
 Montaj Perasmian Program Jom Baca 10 Minit tahun 2022
 Bacaan Serentak selama 10 minit:
         Buku Braille oleh siswa guru Murid Berkeperluan Khas (MBPK)
         Bahan bacaan cetakan biasa
 Perkongsian Bacaan:
 MBPK
 Peserta lain
 Kuiz Jom Baca Bersama 10 Minit
 Penyampaian hadiah pemenang
 Penyampaian cenderamata
 Sesi bergambar
 Nyanyian Lagu IPGKIK