04 November, 2013

Pengucapan Awam Strategi dan Kemahiran



Bagaimanakah pengucap mampu berucap di hadapan khalayak ramai dengan berkesan? Adakah pengucap bersedia dan berupaya untuk berhadapan dengan khalayak yang berlainan latar belakangnya? Mengapakah pengucap sering mempunyai halangan dan rintangan semasa berucap? Bagaimanakah pengucap mampu menyampaikan ucapan mengikut situasi dan keadaan latar tempat? Banyak lagi persoalan yang berkait dengan pengucapan awam dirungkai melalui penerangan yang praktik dalam buku ini yang dapat membantu pengucap menjadi lebih berjaya untuk menyampaikan setiap bentuk ucapan. Buku ini mengupas dan membicarakan pelbagai aspek tentang pengucapan awam termasuk teori, persoalan tentang kaedah dan teknik berucap di hadapan audiens diperincikan dengan jelas dan berkesan. Penyediaan ucapan yang merangkumi pemilihan tajuk, mengumpul bahan, menyusun isi, memulakan penulisan ucapan dan penutup ucapan serta melakukan latihan berucap juga diutamakan sebagai persiapan awal sebelum menyampaikan ucapan, Penerangan maklumat kepada pengucap yang disalurkan dalam buku ini dilakukan menerusi kaedah dan teknik penyampaian berasaskan fakta, contoh, pandangan dan pendapat yang memungkinkan buku ini boleh dijadikan sumber bacaan dan rujukan bagi semua orang untuk menjadi pengucap yang berjaya.