21 February, 2014

Buku Terbaru :Kajian Tindakan dalam Pendidikan: Teori dan Amalan

Kajian tindakan dalam pendidikan telah lama dijadikan pendekatan untuk meningkatkan amalan guru. Sebagai pendekatan kajian pengamal (practitioner research), kajian tindakan boleh dilihat sebagai satu kaedah penyelidikan ataupun sebagai satu kaedah pedagogi. Dalam kedua-dua kaedah pendekatan itu, guru dapat meningkatkan amalan dan profesionalisme mereka melalui proses refleksi yang sistematik ke atas amalan dari semasa ke semasa.
Usaha-usaha telah dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui rangkaiannya untuk menggalakkan kajian tindakan dan membincangkan hasil kajian tindakan yang telah dibuat oleh guru-guru di sekolah. Buku Kajian Tindakan dalam Pendidikan ini dihasilkan untuk membincangkan teori dan amalan kajian tindakan, langkah-langkah menjalankan kajian tindakan, dan set contoh-contoh kajian yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar perguruan, guru-guru dan pengkaji amalan guru di dalam bilik darjah dan di sekolah.