Tel: 03-91318160 :::: e-mail: pusatsumber@ipgkik.edu.my
31 March, 2014
Buku Terbaru : Pendidikan Luar: Definisi, Falsafah dan Aplikasi
Walaupun telah terlaksana selama hampir seratus tahun, bidang Rekreasi dan Pendidikan Luar di Malaysia masih ketandusan sumber rujukan. Akibatnya, bidang ini tidak dapat diperkembangkan secara meluas kepada khalayak ramai. Menyedari senario ini, Buku Pendidikan Luar: Definisi, Falsafah dan Aplikasi diterbitkan khusus untuk mendorong perkembangan bidang Rekreasi dan Pendidikan Luar di Malaysia. Buku ini disasarkan kepada semua penggiat bidang Rekreasi dan Pendidikan Luar sama ada dari golongan pelajar sekolah, IPT, dewasa mahupun golongan profesional. Bagi memudahkan kefahaman pembaca, Buku Pendidikan Luar: Definisi, Falsafah dan Aplikasi ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu: (1) Definisi dan Falsafah Rekreasi dan Pendidikan Luar, (2) Isu aktiviti Rekreasi dan Pendidikan Luar, dan (3) Aplikasi semasa bidang Rekreasi dan Pendidikan Luar di Malaysia.