18 April, 2014

Pustaka Pantai @ Beach Library



Usaha seorang anak muda, Muhammad Faiz Mohamad, 22 (duduk) untuk menggalakkan tabiat membaca dengan menyediakan ruangan 'Beach Library' di Pantai Teluk Chempedak harus diberi pujian. Menurut graduan asasi undang- undang yang baru menamatkan pengajian di Management & Science University (MSU), aktiviti ini dilakukan secara percuma yang bertujuan untuk menggalakkan orang ramai terutama para pengunjung di situ agar minat membaca. Pelbagai jenis koleksi buku disediakan termasuk politik, agama, falsafah dan budaya. BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA.


Posted by Librarian