30 June, 2014

MINGGU BEBAS DENDA 1- 11 JULAI 2014

Istimewa sempena Ramadhan Al- Mubarak, Pusat Sumber akan melaksanakan Minggu Bebas Denda. Semua pelajar dan pensyarah yang belum memulangkan buku Pusat Sumber dan masih belum menjelaskan denda lewat pulang buku digalakkan datang ke kaunter Pusat Sumber untuk memulangkan buku masing- masing dan membersihkan rekod denda lewat pemulangan buku.

Tiada sebarang denda akan dikenakan untuk pengguna yang lewat memulangkan buku sepanjang minggu ini berlangsung dan rekod denda yang belum dijelaskan akan dihapuskan.

Walau bagaimanapun, denda untuk buku yang hilang akan tetap dikenakan seperti biasa.