Kementerian Pendidikan Malaysia secara rasminya telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025 pada 6 September 2013 oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pendidikan dengan matlamat untuk meletakkan sistem pendidikan negara di antara sepertiga teratas negara- negara yang mempunyai sistem pendidikan terbaik di dunia, PPPM merupakan pelan jangka panjang untuk memastikan kualiti sistem pendidikan negara setanding di peringkat dunia.
Tahun 2013 menyaksikan Kementerian memulakan pembaharuan dalam amalan kerja dengan memberi fokus kepada beberapa inisiatif penting yang dapat mencerminkan pembaharuan tersebut. Beberapa kejayaan awal telah dapat dicapai, bagi meletakkan batu asas yang kukuh untuk penambahbaikan kualiti pendidikan untuk tahun- tahun berikutnya.
Antara pencapaian- pencapaian PPPM adalah seperti berikut:
1) Program Transformasi Daerah
Dirintis di Sabah dan Kedah, (2551 sekolah, ~89,000 guru dan ~ 1 juta murid). Dalam tahun 2013 Kedah dan Sabah mencatatkan prestasi UPSR terbaik dalam tempoh 8 tahun; Kedah (0.06) dan Sabah (0.07) menunjukkan peningkatan tertinggi berbanding negeri lain pada tahun 2013.
2) Transformasi Pendidikan Vokasional
4.7 % murid kini mengikuti latihan teknikal dan vokasional pada peringkat menegah atas. Peningkatan enrolmen murid mengikut aliran vokasional kerajaan:
- Kolej Vokasional (KV) KPM
- Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
- Kolej Vokasional Swasta (KVS)
Pengujian 60,000 guru bahasa Inggeris menggunakan Cambridge Placement Test (CPT). Peningkatan tahap profisiensi semua Guru Bahasa Inggeris kepada minimum C1 berdasarkan Common European Framework Reference (CEFR).
4) LINUS
99% murid Tahun 3 mencapai literasi dalam BM dan numerasi selepas 3 tahun persekolahan. LINUS BI dilancarkan pada 2013. Garis asas kadar literasi BI pada 50% bagi murid Tahun 1 dan meningkat kepada 63% (dalam masa 4 bulan).
5) Transformasi Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
42% pengambilan terkini adalah pelajar cemerlang. Kualiti pengambilan meningkat dengan ketara dengan sekurang- kurangnya 7A dicapai dalam SPM; ~70% dengan sekurang- kurangnya 5A.
6) Piagam Pemimpin
Kriteria pemilihan baharu berasaskan prestasi dan proses berasaskan merit diluluskan, menggantikan model terdahulu dalam memilih dan melantik Pengetua dan Guru Besar berdasarkan tempoh perkhidmatan. 3 inisiatif utamanya; mewujudkan syarat baharu pemilihan dan proses perancangan penggantian; menawarkan kelayakan National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL); dan menawarkan Program Residensi dan Immersion bagi calon Pengetua dan Guru Besar yang dikenal pasti.
7) Pelibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta
10, 087 sekolah menerima sarana sekolah dan sarana ibu bapa bagi mempertingkatkan keberhasilan murid.
8) Pendidikan Inklusif
Sasaran Kementerian adalah untuk mencapai 30% enrolmen murid berkeperluan khas (MBK) pada tahun 2015. Pada 2013, Kementerian telah mencapai satu pertiga daripada sasaran, iaitu 9.2% MBK kini berdaftar dalam program pendidikan inklusif.
9) KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi)
Kemahiran berfikir secara kritis dalam kalangan murid dipertingkat bagi meningkatkan daya saing mereka dalam ekonomi global. Konsep KBAT siap, i-THINK dilancar di lebih 500 sekolah dan 10 sekolah memasuki fasa pencalonan untuk IB Middle Years Programme.
Sumber: Harian Metro , Selasa 17 Jun 2014