Front page |
Back page |
Penyelenggara: Amilah Ab. Rahman
Year of publication: 2008
Call no: 899.2112 ANT
Antologi ini mengandungi enam buah drama yang dihasilkan ole tokoh dramatis Filipina, iaitu Isagani R. Cruz, Alberto S. Florentino, Paul Arvisu Dumol, Malou Leviste Jacob, Amelia Lapena Bonifacio dan Nicholas B. Pichay. Karyanya memaparkan pelbagai isu yang menjadi fokus perbincangan dramatis. Isu yang pelbagai ini menyerlahkan keprihatinan dramatis terhadap milieu masyarakat mereka yang berbeza kepada pembaca. Keprihatinan ini bukan sahaja melahirkan kepelbagaian motif, leitmotif dan tema, tetapi juga teknik produksi dan pengupasan drama yang berbeza. Melalui drama yang mengetengahkan isu-isu sejarah yang penting, khalayak sekarang boleh menilai semula zaman lampau yang dibelenggu oleh penjajah dan melihat politik dan sejarah dalam konteks yang baru dan berbeza. Semangat nasionalisme zaman lampau juga boleh dijadikan sebagai satu iktibar untuk generasi sekarang.
2. ANTOLOGI DRAMA ASEAN INDONESIA SINGAPURA THAILAND
Front page |
Back page |
Year of publication: 2009
Call no: 899.212 ANT
Antologi ini mengandungi 13 buah drama yang dihasilkan oleh tokoh dramatis Indonesia, Singapura dan Thailand. Dramatis dari Indonesia ialah Putu Wijaya, A.A. Navis, N. Riantiarno, Wisran Hadi, Saini K.M., Akhudiat dan Motinggo Busye. Manakala dramatis dari Singapura ialah Abd. Ghani Hamid, Nadiputra, Kuo Pao Kun dan Mohd. Raman Daud dan dramatis dari Thailand ialah Pornrat Damrhung dan Kamron Gunatilaka (Ninut Pipithkul). Karya-karya mereka memaparkan kepelbagaian isu yang menjadi fokus perbincangan dramatis. Isu yang pelbagai ini menyerlahkan keprihatinan dramatis terhadap milieu masyarakat mereka yang berbeza kepada pembaca. Keprihatinan ini bukan sahaj melahirkan kepelbagaian motif,leitmotif dan tema, tetapi juga teknik produkai dan pengupasan drama yang berbaza. Melalui drama yang mengetengahkan isu-isu sejarah yang penting,khalayak sekarang boleh menilai semula penjajah dan melihat politik dan sejarah dalam konteks yang baru dan berbeza. Semangat nasionalisme zaman lampau juga boleh dijadikan sebagai satu iktibar untuk generasi sekarang.