14 November, 2014

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)



Kejayaan era maklumat kini banyak bergantung kepada kemahiran berfikir aras tinggi seperti kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran membuat penilaian secara kritis serta kemahiran berfikir secara kreatif. Oleh itu, pelajar perlu dilibatkan dengan aktiviti yang menjurus kepada tahap pemikiran yang lebih tinggi mengikut taksonomi bloom (menganalisi, menilai, mencipta).

Keadaan dunia yang sentiasa berubah dan mencabar ini, menuntut para pelajar kita bukan hanya membina kapasiti dari aspek pengetahuan semata-mata tetapi juga membina pemikiran aras tinggi seperti pemikiran sistematik, penyelesaian masalah dan membuat keputusan berdasarkan analisi situasi secara kritis. Pembangunan KBAT adalah amat penting untuk membolehkan pelajar membuat anjakan dari pengetahuan serta kemahiran kepada tindakan sebagai rakyat yang bertanggungjawab tanpa mengira peranan dalam masyarakat.








KBAT merupakan agenda utama dalam PPPM 2013-2025, maka adalah menjadi tanggungjawab warga IPG, pensyarah khususnya untuk merealisasikan transformasi pendidikan negara terutama dalam memupuk KBAT dalam kalangan guru pelatih. Susulan itu adalah wajar guru pelatih mengamalkan kemahiran berfikir dan memahami secara mendalam tentang program I-THINK.


Program i-THINK merupakan satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif. Guru dan murid akan menggunakan alat berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran di samping melaksanakan aktiviti kemahiran berfikir aras tinggi.
Abjad "i" bermaksud inovasi dan "THINK" pula bermaksud pemikiran secara inovatif yang perlu ada pada semua murid inovatif.


Matlamat: Panduan ini bermatlamat membudayakan pedagogi berunsur KBAT dalam aktiviti PdP dalam kalangan pensyarah.

Rujukan:
  1. Elemen KBAT dalam Instrumen Pentaksiran
  2. Program i-Think
  3. Membudayakan Kemahiran Berfikir