30 March, 2015

Panduan Menggunakan Portal Sumber Eloktronik PNM

Perpustakaan Negara Malaysia mengalu-alukan seluruh rakyat Malaysia untuk mendaftar sebagai ahli kepada portal sumber elektronik PNM. Dengan menjadi ahli kepada portal sumber elektronik PNM, anda akan mendapat keistimewaan untuk mengakses secara eksklusif pangkalan data-pangkalan data khusus tertentu yang telah dilanggan oleh PNM serta sumber-sumber elektronik yang telah dihasil dan disediakan oleh PNM. Portal sumber elektronik PNM ini boleh dilayari di alamat sesawang berikut: 

 


* Sistem portal PNM Digital akan secara automatik menghantar password sementara ke e-mel pengguna sebaik sahaja pengguna  menghantar permohonan sebagai ahli PNM Digital di borang pendaftaran online.  Sila semak e-mel anda untuk mendapatkan kata laluan sementara anda bagi mengakses ke portal PNM Digital.


Antara perkhidmatan pangkalan data yang disediakan oleh PNM adalah seperti berikut:
(a) Encyclopedia Britannica Online (EBO)
(b) World e-Book Library
(c) Credo Reference
(d) EBSCOHost
(e) eBrary
(f) BLIS (Bernama)
(g) Overdrive (Peminjaman e-Buku secara dalam talian)
(h) Zinio (Akses kepada e-Majalah terbitan luar negara)
(i) Emerald Management Xtra
(j) iG Library
(k) Library PRESSDISPLAY
(l) World Almanac Online
(m)World Almanac for Kids

Selain dari pangkalan data tersebut di atas, PNM juga turut menyediakan akses kepada koleksi-koleksi Malaysiana terpilih, yang telah didigitasikan yang mana ia merangkumi bahan-bahan seperti koleksi Manuskrip Melayu, Buku Nadir, Koleksi Peribadi, terbitan-terbitan PNM  dan sebagainya. Untuk kemudahan anda juga, PNM telah menyediakan pautan akses kepada pautan sumber digital dari dalam dan luar negara, yang boleh anda manafaatkan.





* Sebarang masalah atau pertanyaan mengenai pnmdigital sila hubungi pentadbir portal zdin@pnm.gov.my




*Sumber  www.pnm.gov.my