11 July, 2018

PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2018


Pada 24 April 2018, "Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit" telah diadakan serentak di seluruh negara dan program ini dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Majlis Pengarah-pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM). Program ini bertujuan menyemai minat membaca di kalangan masyarakat di Malaysia dan sebagai menambahkan ilmu pengetahuan rakyat Malaysia dalam sesuatu perkara.

Unit Perpustakaan IPGKIK telah mengadakan program ini pada 27 April 2018.  "Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit" dihadiri oleh 50 orang siswa siswi dan pensyarah dan diadakan di Auditorium TESL IPGKIK. 




Beberapa aktiviti telah dijalankan seperti berikut:

i.  Perasmian "Program Jom Baca Bersama 10 Minit"
ii.  Membaca bersama 10 minit
iii. Ulasan artikel yang dibaca oleh siswa guru
iv.  Meneka bilangan jumlah mukasurat buku
v.   Meneka berat buku



Program ini juga dijalankan secara serentak di jabatan-jabatan IPGKIK. 


Terima kasih kepada Timbalan Pengarah IPGKIK kerana sudi merasmikan dan bersama-sama menjayakan program ini dan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Semoga program ini dapat memupuk sifat membaca di mana saja kita berada.