10 May, 2023

JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2022

Tarikh: 21 & 28 April 2022
Program:  Jom Baca Bersama 10 Minit 2022


Program Jom Baca Bersama 10 Minit merupakan program
tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Sumber IPG Kampus Ilmu
Khas, Kuala Lumpur. Program ini merupakan program utama
sektor perpustakaan yang dijalankan sempena sambutan
Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. Ia juga merupakan komitmen
sektor perpustakaan di seluruh Malaysia bertujuan meningkatkan
amalan dan budaya membaca dalam kalangan masyarakat
Malaysia. Tema Program Jom Baca Bersama 10 Minit tahun
2022 ialah “Bangkit Baca dan Bersyukur”.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah:-

 Majlis Perasmian
 Ucapan Perasmian Dr. Faridah binti Yacob (Pengarah IPGKIK)
 Montaj Perasmian Program Jom Baca 10 Minit tahun 2022
 Bacaan Serentak selama 10 minit:
         Buku Braille oleh siswa guru Murid Berkeperluan Khas (MBPK)
         Bahan bacaan cetakan biasa
 Perkongsian Bacaan:
 MBPK
 Peserta lain
 Kuiz Jom Baca Bersama 10 Minit
 Penyampaian hadiah pemenang
 Penyampaian cenderamata
 Sesi bergambar
 Nyanyian Lagu IPGKIK