19 November, 2013

Pembelajaran Berasaskan Web: Isu dan Trend


Buku "Pembelajaran Berasaskan Web: Isu Dan Trend" adalah merupakan koleksi penulisan tenaga pengajar dan pelajar pasca siswazah Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan SultanIdris. Buku ini merangkumi pelbagai konteks penulisan yang merangkumi lontaran idea, kritikan, laporan penyelidikan, tinjauan perpustakaan dan perbincangan isu-isu. Tajuk ini dipilih memandangkan Web kini telah menjadi suatu medium utama dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan. Buku ini amat sesuai dijadikan tatapan oleh para pendidik, pelajar, para penyelidik juga masyarakat umum dalam meningkatkan pengetahuan berkaitan Web dan pendidikan.