19 November, 2013

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

Buku ini merupakan sebuah teks rujukan dalam ilmu ketamadunan bagi pelajar yang mengikuti kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Tujuannya untuk memberi kefahaman yang holistik kepada pelajar tentang ilmu, konsep, ciri dan aspek utama pengajian ketamadunan dalam proses pembinaan Tamadun Malaysia. Buku ini secara umumnya mengupas secara komprehensif pengajian ilmu ketamadunan dan isu-isu semasa ketamadunan manusia sejagat.