08 April, 2015

Buku Baharu: Penyelidikan Kuanlitatif: Pengenalan Kepada Teori Dan Metode

Tajuk Buku   : Penyelidikan kualitatif: pengenalan kepada teori dan metode
Pengarang     : Othman Lebar

Perbincangan teori dan metode pendidikan kualitatif memberi tumpuan kepada latar belakang perkembangan penyelidikan kualitatif dari segi sejarah perkembangannya, pendekatan metodologi utama yang sering digunakan serta asas pemikiran dan falsafah yang mendasari paradigma dan pendekatan penyelidikan melalui penjelasan tentang mendapatkan akses serta konsep pengsahan. Peranan teori juga disentuh dengan panjang lebar bagi menjelaskan kedudukan teori dalam menjalankan penyelidikan kualitatif. Ciri- ciri yang dihuraikan ini dapat membezakan dengan jelas antara penyelidikan kualitatif dan penyelidikan kuantitatif.

Susunan bahagian dan bab dalam buku ini mengambil kira kesesuaiannya dalam memahami prosedur dan proses penyelidikan kualitatif sertaperkaitan antara teoridan amali dengan memberikan contoh- contoh yang sesuai. Penulisan ini disusun sedemikian rupa bagi membolehkan pembaca meneliti aspek pemikiran dan paradigma yang menjadi asas penyelidikan kualitatif dan bagaimana asas- asas tersebut digunakan dalam pengkonsepsian dan operasi penyelidikan kualitatif.

Selain itu, buku ini boleh dijadikan sumber rujukan berkaitan dengan pendekatan penyelidikan kualitatif yang boleh digunakan oleh penyelidik dalam mengkaji isu dan fenomena sosial, politik, ekonomi dan bidang- bidang lain yang menuntut pemahaman yang mendalam serta menyeluruh.