09 April, 2015

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015- 2025 (Pendidikan Tinggi)



Pelan Pembangunan Pendidikan malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) PPPM (PT) telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Pada 7 April 2015. PPPM (PT) akan menjadi pemangkin kepada transformasi negara untuk bersaing pada peringkat global. Pelan ini dirangka selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mewujudkan sistem pendidikan tinggi terbaik bagi membolehkan negara bersaing dalam ekonomi dunia. PPPM (PT) menggariskan 10 lonjakan yang mampu mewujudkan modal insan yang dikategorikan sebagai 3B iaitu berbakat, bertaraf global dan berteraskan nilai positif.


10 Lonjakan PPPM (PT)

1) Graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang
2) Kecemerlangan bakat
3) Menghayati Pembelajaran Sepanjang Hayat
4) Graduan latihan teknikal dan pendidikan vokasional (TVET) berkualiti
5) Kemapanan kewangan
6) Pemantapan tadbir urus
7) Ekosistem inovasi
8) Keunggulan global
9) Pembelajaran dalam talian tahap glogal
Transformasi penyampaian pendidikan tinggi